jumlah datang menengok

Saturday 22 December 2012

buku adalah no.1 dihati?

ASSALAMUALAIKUM

dalam kehidupan hari ini buku adalah menjadi nombor satu ?
betul ke ? hahaha . . tetapi ada kemuskilan disini . .
betul ke buku yang menjadi no.1 tu ? 

buku apa tu yang menjadi no.1 di hati anda ? 
terdapat beberapa jenis buku yang mendapat tempat di hati kamu kan ?
buku apalah tu kan ? hahaha

DIAKAH CINTA HATI ANDA ?


buku-buku pelajaran ?


novel-novel cinta ?

or 

yang ini cinta hati anda ?


hmmmm . . (tangan kiri ke bahu , mata keatas . . sambil berfikir-fikir)

mengapa cactus?


assalamualaikum . .
dulu ada orang pernah tanya kenapa pilih cactus ?
kenapa tak pilih mawar yang cantik ? cactus berduri-duri . . 
ada sebabnya cactus jadi my kesayangan . .semua ada sebabkan ?



sebab saya berpegang pada pepatah :

Allah memberi ulat bulu kepada kita biarpun haiwan lain yang kita pinta . . 
Allah menurunkan hujan biarpun panas yang kita pinta . .
Allah memberi kita cactus biarpun mawar yang kita mahu . .

tetapi :

 Ulat bulu tadi, biarpun tidak secomel yang kita mahukan, 
Bila tiba saatnya, Ia akan bertukar menjadi rama-rama yang indah.



hujan yang turun pada awalnya memberi kita keindahan pelangi sesudahnya . .



Biarpun Kaktus itu berduri dan tidak terlalu cantik, 
Namun bila sampai waktunya ia akan mengeluarkan bunga di celahan durinya, 


 
 sebagai kesimpulannya, Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya,
 kita tidak perlu mencari kesempurnaan 
hidup tetapi biarlah kita membuat yang terbaik . hidup tak selamanya
kelam jika kita  berusaha ke arah cahaya yang terang .

Allah tidak memberi apa yang kita mahu ,
tapi Allah berikan apa yang kita perlukan . 


"CACTUS BERBUNGA" 

 always say 'ALHAMDULILLAH' . .
 

Friday 21 December 2012

sekaranglah


assalamualaikummm 
dah tiga bulan ni tak update apa-apa kat blog . . 
tersangatlah sibuk sebenarnya . . dengan kerja yang berlambak. .
kelas full , assigment tinggi melangit . .
jadi saya ni tersangatlah kurang masa nak update perihal semasa.

so, pejam celik pejam celik sekarang dah study week . . 
jadi sekarang saya terlebih masa lah pulak . . 
hari-hari duduk melayan facebook jekan . . naik jemu la juga. .
tapi sekarang saya duk merathon tengok cerita yang tengah hangat tu . .
cerita apa yer ? kalau korang tak tahu , tak tahu lah apa saya nak cakap..
HAHAHAHAHa . .

korang tak layan ke drama ni ? sila layan yer ! hehehe . .
oklah . . disini saya nak ucap selamat menjawab peperiksaan 
kepada semua roomate saya , coursemate saya , jiran sebelah bilik saya,
jiran atas bilik saya, dan semua yang bakal menjawa peperiksaan . . 

SELAMAT BERCINTA DENGAN BUKU-BUKU . . 


Wednesday 3 October 2012

oktober bulanku

first saya nak bagi  tahu bahawa bulan oktober dah pun mula munculkan diri..
oktober kesayanganku . terlalu banyak tarikh-tarikh penting berada di bulan oktober.
paling IMPORTANT oke my bufday , heheheh

bila dah start belajar ni , oktober adalah bulan paling sibuk untuk kami . 
bermacam-macam  aktiviti telah diatur. dengan kuliahnya tak menentu.
test lagi , assigment dah semakin meninggi . kwang3 .
terbaru dapat tahu kelab POSESO akan buat orientasi untuk pelajar-pelajar
baru macam kami ni.

muka dah tension tahap gaban.banyaknya !

tapi ada berita baiknya orientasi tu akan dibuat diluar UMT ..wahhh...syoknyaa...
boleh naik bas yang dua tingkat tu (jakungggg) . .hahahahaha.
tapi sebelum orientasi berlansung , kami terlebih dahulu dibawa untuk program
survival laut . wahhh syokkknyaaa boleh naik bot satu tingkat tu . hahaha.

program survival laut ni semua pelajar baru wajib pergi . kelab POSESO yang last 
pergi mengikut jadual yang ditetapkan. dengar dari kawan-kawan cerita , BEST 
aktiviti yang berlangsung di Pulau Bidong tu . .
boleh naik bot . . vroommm2 . . main kayak . . skubai laut, tengok ikan-ikan
yang cantik lagi menarik . . voguee youuu . . hahaha
 
                                           muka dah boleh senyum sikit dah dengo pasai laut

habis je program main-main ini , pihak ptptn pulak datang nak check segala dokumen
yang telah mereka suruh print sama ada permohonan kita lulus atau tak .
hope semuanya berjalan dengan lancar ..amimmmm !

selepas selesai semua tu , kita akan raya kan ? raya haji tu . .
yuhuuuu . . cuti wahai kawan-kawan...terbayang-bayang wajah yang kusayang.
oooo balik kampung ooo balik kampung...hati girang . .

                                     wah muke senyumm habis..ciap mata duk berangan lagi tu.

oklah itu sahaja serbe sedikit jadual oktoberku . semoga semua berjalan dengan lancar.
dah dekat dengan angka 21 ni berasa diri ini sungguh -sungguh dewasa . 
hahahaahha . .wish me luck dengan test yang beratur menunggu masuk DSM tu . 
DSM(dewan sultan mizan) . .heheheh

**selamat hari jadi pada @mymom , hapesah salleh , @mynenek , marian ali. 
@myuncle ,tajul salleh .(same date ok...9 oktober)
@my best frend tijah dan zida , @adik2 ppyt , anizo dan syira .. 
@myrumate , nadia dan semua yang bufdaynya bulan oktober ini. .
SELAMAT HARI JADI .SEMOGA TERUS PANJANG UMUR.
UNTUK SAYA JUGAK...HEHEHE.

*oktober2007-oktober 2012 , 5 tahun permergian abang tersayang
semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.
really really miss him ~
(AL-FATIHAH)
 



Tuesday 2 October 2012

adakah kamu tahu ?

            
                             
*copy n paste*

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
...

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

                                                               

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

                                                            
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita

*saye syg n rndukn hero number 1 sy..::'(*



Wednesday 26 September 2012

aku disini dan masih disini



 assalamualaikummm...
setelah lama tidak online akhirnya boleh jugak saya beronline..
hahahahahaha..
wifi free baru bleh guna. . .kwang33 . . 

untuk pengahtahuan semua dahh nak sebulan dah saya duk di
alam universiti ini . . sungguh-sungguh mencabar ketahanan fizikal sebenarnye . .
hahahaha . . 
so far , best duduk sini . . and mesti orang cakap bila dah dapat rumah dekat 
dengan universiti mesti balik tiap-tiap minggu balik rumah . .
oh TIDAK ok . . hahaha . .sepangjang 4 minggu duduk sini
baru 1 kali ok saya balik . . itupun 1 hari je . . atas sebab-sebab tertentu . .hahah

macam mana nak balik kan ? aktiviti 7 hari seminggu tahu ada . .
ahad hingga khamis memang sure lah ada kelas kan..
jumaat sabtu yang cuti pun ada aktiviti tahu ..
jumaat ada kelas PA and sabtu kok-E . .bosan betul . .

tapi last week adalah dapat jugak berita baiknya..
kok-E yang saya join tu ditukar ke hari jumaat and kelas hari khamis
semua dibawak ke hari rabu . .
so khamis and sabtu adalah cuti yang dicipta sendiri . .hahaha

oklah sampai sini jelah..nanti saya cerita serbe sedikit tentang disini . .
assalamualaikummmmm...


geng-geng poseso(holaaa).  .

Sunday 26 August 2012

hilangku tiada mencari


ASSALAMUALAIKUM . .



  dah lame tak update kan rasanya ?
saya terlampau sibuk sebenarnya ditambah dengan 
perangai mengada-ngada malas ni . .hmmm
tapi hilang-hilang saya tak ada yang mencaripun . . .sedihhh . .hahaah 

nak dijadikan cerita saya sekarang tengah bersiap-siap
dari segi fizikal da mental untuk menghadapi hari bahagia saya ,
 ahaaa ! janagn fikir kahwen oke , saya sekarang tengah 
menunggu tarikh 2 september ini untuk pergi mendapatkan

apa tu ? takkan lah topi pergi makan anginkan? hehehe
saya dah ditawarkan untuk sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda . .

DIMANA? 


alhamdulillah...akhirnya saya dapat juga nak sambung belajar ,
setelah 1 tahun duduk kat rumah jekan . .
dapat pulak dalam negeri sendirikan. dekat pulak dengan rumah sendiri . .
hahaahhaah...

walaubagaimanapun wish me :




Monday 13 August 2012

mengulit memori~alasanmu


alasan mu

ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu




Friday 22 June 2012

riang ria hujung mingguku



assalamualaikum
pembuka bicara...
waalaikumusalam jawapan diberi...
saje je sebenarnya saya tiada apa nak dituliskan
hahaha..

saya memang tak ada apa-apa hendak dibualkan
bosan ! itulah yang berlaku bila hujung minggu . .
nak layan u-tube .. line tak berapa nak sedap..
bukan tak berapa nak sedap tapi memang tak sedap terus !
(riang sangat hujung minggu saya)

fedup la saya kalau macam ini hri-hari..
aduh...nak sangat tengok semula video
'sherlock' by shinee..

ayoooo...dalam video tu semu shinee member berubah
hahaah...semakin tip top ok !
paling menjadi ofcoz taemin appa..langsung tak cam !
awesome . . haha



Thursday 21 June 2012

tension punca aku malas nak update entrie



gambarr time sambutan hari guru.



**klik kat gambar utk besarkan..
doakan saya berjaya kawan-kawan..
insyaallah saya mesti dapat mengatasi masalah2 ini..
saya akan ignorekan semua yang terjadi and fokus
dalam setiap kelas dan study group..
wish me luck..



Thursday 7 June 2012

MENGULIT MEMORI:meraung


                                                       
                                                                MERAUNG~NEWBOYZ


Menggigit tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa

Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku

Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa

Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa

Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia

Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...

Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci

Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang



**psst:mengulit memori ini adalah segment dmana saya
akan meletakkan  lirik lagu-lagu duhulu dan kini..
and sesekali akan diletakkan video lagu tersebut..
sahaja untuk keriangan bersama . .
so ,enjoyy yah...hehe

Sunday 3 June 2012

luahan hati terpendam: sila jgn terase


assalamualaikum...
dramatik tak tittle tu? saje je.
hari ni saya tetiba teringat kat seorang budak ..
(luahan hati rindukan dia)
budak ni tersangatlah cute , comel , handsome dan sewaktu dengannya..
kalau siapa peminat shinee mesti pernah tengok hello baby
masa tahun 2009 law tak silap saya..
saya tersangatlah berkenan dengan baby yang shinee jaga tu..
sampai ke hari ini masih terbayang-bayang wajah dia..
terbayang-bayang dia sebut 'appa ! appa !

.
hari ini saya nak kongsi gambar wajah dia yang dahulu dan sekarang.
hope kamu semua enjoy

YOOGEUN :)

                                                                 
                                                   miss u my baby !


                                                   sayang saya sedih


                                                  dah macam minho appa

                                          
                                                           cute sangat

                                                               
                                                       like onew appa


macho kan ?


                                           bulatnya mata..pakai lens ye ?


time to sleep mummy


i like this pic ! baby with minho appa

and last pic...gambar 2012 my baby


semakin besar semakin handsome !

oklah itu sahaja untuk hari ini . . time kasih kerana sudi menonton . .



Thursday 31 May 2012

boleh makan free



Assalamualaikummmm..
Bila dah cuti sekolah menjelmakan , mesti banyak jemputan
Makan freekan ? kenduri kesyukuran ada, kenduri naik rumah,
Kenduri berkhatam lah and perkara wajib bila
Cuti sekolah ni memang banyak jemputan kahwin kan ?
Setakap minggu ni rasanya saya dah
 kene pergi lebih dari 5 gamaknya.
And yang memenatkan bila umah satu di kutub utara and kita
Kene drive pulak ke selatan untuk ke rumah ke dua..adoiii…
Pastu berpatah balik ke my home , kat London sana ! hahaha…

Hari sabtu ini paling banyak rumah kene pergi.Rumah nenek sedare,
kenalan ayah , kenalan mak ,kenalan adik ,
Abang, sepupu and umah Mak angkat saya (wajib pergi)..
Jadi untuk memenuhi segala undangan ,Kami dah berpakat hanya hantar wakil.
1-2 umah saya yang pergi and selebihnya my parents yang pergi
Jadi dengan cara itu, semua undangan kami pergi.
Bila tuan rumah tengok ada wakil dalam keluarga tu
Tak ade lah dia kecik hati kan.



         Mak saya  kata, bila orang bagi jemputan , kita wajib pergi
Sebab takut bila masa kita buat kenduri nanti tak ada yang datangkan.
So ,time tu erti menyesal tiada guna lagi.haha..
Orang kata , orang memberi kita menerima..
Sama-samalah kita hadir ke setiap undangan bagi meraikan
Mempelai.. J
  

Tuesday 29 May 2012

dia yang berumur 17..


 assalamualaikum...
dah tak tahu nak tulis apa dah..hahaha
gambar mandi kat air terjun sekayu pun tak ambik lagi daripada my frend
kalau ambik nanti , nak edit lagi kan ? jadi , kalau nak tengok tunggu ye. :-)

so, tangga 30 mei 1995 ,17 tahun lalu my mum selamat melahirlan a baby girl
yang di bagi nama nur asyiqin mokhtar...my adik yang paling bongsu..
so, hari ini 30 mei 2012 dia yang tak berapa nak bongsu tu 
telah berumur 17 tahun...nak ambik spm dah tahun ini..

why dia tak berapa nak bongsu ? sebab dia tak manja macam anak-anak bongus yang lain..
masa kecik-kecik dulu yelah manja,kami selalu panggil dia
"dulu senario , sekarangggggg ~manjaaaaaaaaa" hahaha..
so ,bila dah meningkat umur, dah tak bongsu jadinya..
selalu suruh kami panggil dia kak yong ..hahaha...

kakyong tu bermaksud kak long yang mcm abg long yang pegang kawasan tu..
hahaha..dia memang pala gilerrr!
so , apa-apa pun , selamat ulang tahun kelahiran yang ke 17
semoga pangjang umur, dmurahakn rezeki.
good luck in spm...


hahaha..gambar tiada kaitan, hiasan semata-mata..

masterchef selebriti malaysia



assalamualaikum..
maybe cerita ni dah basi tapi say nak perangat balik supaya tak basi..
sekarangkan orang duduk bercakap pasai masterchef selebriti .
ini adelah salah satu usaha pihak astro untuk membuat kebajikan . .
selebriti-selebriti yang terlibat terdiri daripada latar
 belakang kerjaya yang berbeza..
seperti pelakon , penyanyi, pengacara , pakar motivasi, model and angkaswan 
pun ade jugak 0oke ~ hahaha

mereka yang terlibat ini mewakili beberapa badang kebajikan di MALAYSIA..
so nice bila kita tengok mereka ini bekerjasama untuk melakukan kebajikan..
pelbagai ragam dapat kita tengok.
rancangan ini disiarkan di ASTRO RIA
setiap SABTU HINGGA SELASA
jam 9PM-10PM...

di atas ialah mereka yang terlibat dalam masterchef selebriti ini..
dari kiri berdiri (dato fazly,sarah raisuddin,juliza adlizan,tomok,raja azmi,louisa chong
thanuja,soo wincci,azwan ali , dr faiz,serina redzuan)
duduk dari kiri (faroukhussain,karl shafiq,jehan miskin,salamiah hassan, angah) . .

so , untuk minggu yang pertama 


DOCTOR ANGKASAWAN kita telah tersingkir . .

jadi untuk minggu ke dua siapakah bakal tersingkir ?
sama-sama lah kita saksikan..hehehe

RAMALAN SAYA JUARA :
 i don't know why i choose him...
maybe sebab saya tengok macam dia ada ciri-ciri nak menang kot..
hehehe...fightingggggg !!


psst:/ bila tgk MSM ni baru tahu umur selebriti ni berapa . 
umur selebriti itu berapa .. haha...tapi saya terkejut,  bangga 
and apa-apa lah kat juliza adlizan...
muda saya bagitahu..saya ingat dalam 30-an..tapi ? hehe
memang awek muda lah dia..hehe..