jumlah datang menengok

Wednesday 3 October 2012

oktober bulanku

first saya nak bagi  tahu bahawa bulan oktober dah pun mula munculkan diri..
oktober kesayanganku . terlalu banyak tarikh-tarikh penting berada di bulan oktober.
paling IMPORTANT oke my bufday , heheheh

bila dah start belajar ni , oktober adalah bulan paling sibuk untuk kami . 
bermacam-macam  aktiviti telah diatur. dengan kuliahnya tak menentu.
test lagi , assigment dah semakin meninggi . kwang3 .
terbaru dapat tahu kelab POSESO akan buat orientasi untuk pelajar-pelajar
baru macam kami ni.

muka dah tension tahap gaban.banyaknya !

tapi ada berita baiknya orientasi tu akan dibuat diluar UMT ..wahhh...syoknyaa...
boleh naik bas yang dua tingkat tu (jakungggg) . .hahahahaha.
tapi sebelum orientasi berlansung , kami terlebih dahulu dibawa untuk program
survival laut . wahhh syokkknyaaa boleh naik bot satu tingkat tu . hahaha.

program survival laut ni semua pelajar baru wajib pergi . kelab POSESO yang last 
pergi mengikut jadual yang ditetapkan. dengar dari kawan-kawan cerita , BEST 
aktiviti yang berlangsung di Pulau Bidong tu . .
boleh naik bot . . vroommm2 . . main kayak . . skubai laut, tengok ikan-ikan
yang cantik lagi menarik . . voguee youuu . . hahaha
 
                                           muka dah boleh senyum sikit dah dengo pasai laut

habis je program main-main ini , pihak ptptn pulak datang nak check segala dokumen
yang telah mereka suruh print sama ada permohonan kita lulus atau tak .
hope semuanya berjalan dengan lancar ..amimmmm !

selepas selesai semua tu , kita akan raya kan ? raya haji tu . .
yuhuuuu . . cuti wahai kawan-kawan...terbayang-bayang wajah yang kusayang.
oooo balik kampung ooo balik kampung...hati girang . .

                                     wah muke senyumm habis..ciap mata duk berangan lagi tu.

oklah itu sahaja serbe sedikit jadual oktoberku . semoga semua berjalan dengan lancar.
dah dekat dengan angka 21 ni berasa diri ini sungguh -sungguh dewasa . 
hahahaahha . .wish me luck dengan test yang beratur menunggu masuk DSM tu . 
DSM(dewan sultan mizan) . .heheheh

**selamat hari jadi pada @mymom , hapesah salleh , @mynenek , marian ali. 
@myuncle ,tajul salleh .(same date ok...9 oktober)
@my best frend tijah dan zida , @adik2 ppyt , anizo dan syira .. 
@myrumate , nadia dan semua yang bufdaynya bulan oktober ini. .
SELAMAT HARI JADI .SEMOGA TERUS PANJANG UMUR.
UNTUK SAYA JUGAK...HEHEHE.

*oktober2007-oktober 2012 , 5 tahun permergian abang tersayang
semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman.
really really miss him ~
(AL-FATIHAH)
 



Tuesday 2 October 2012

adakah kamu tahu ?

            
                             
*copy n paste*

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
...

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

                                                               

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

                                                            
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita

*saye syg n rndukn hero number 1 sy..::'(*